Monday, October 8, 2007

Petir: 499 maut dalam tujuh bulan

BEIJING 17 Ogos – Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca China menunjukkan sejumlah 499 nyawa terkorban disambar petir dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Jumlah itu adalah lebih 200 kes berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, kebanyakan mangsa adalah penduduk kampung dan 79 peratus daripadanya bekerja di tanah lapang ketika petir.
Wilayah Jiangxi di kawasan timur merekodkan angka kematian tertinggi iaitu sebanyak 116 kes.
Sebahagian besar negara ini telah dilanda ribut dan banjir besar sementara beberapa wilayah lain mengalami kemarau berpanjangan.
Ketua jabatan itu, Zheng Guoguang berkata, pemanasan global menyebabkan berlaku perubahan cuaca yang teruk.
“Jumlah kematian yang tinggi ini berlaku kerana masyarakat di pedalaman tidak peka terhadap keadaan cuaca global sekarang,” katanya.
– Reuters

No comments: