Wednesday, October 31, 2007

Hujan dijangka bertambah kerap

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka keadaan hujan di semenanjung Malaysia dari semasa ke semasa akan bertambah kerap dalam tempoh tiga bulan akan datang, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Kong Cho Ha berkata kawasan yang dijangka mengalami hujan itu berselerak di seluruh negara, namun ia dijangka bertumpu kepada kawasan sekitar bahagian utara dan tengah semenanjung.“Kita jangka lebih banyak hujan bagi tempoh tiga bulan akan datang, malah ia sudah bermula sejak September lepas. Bagaimanapun tidak semestinya bermakna ia akan membawa banjir buruk sebagaimana yang berlaku di Johor tahun lepas,” katanya.“Kita menjangka kadar hujan meningkat sedikit berbanding tahun lepas ekoran kesan La Nina, yang mengubah keadaan biasa cuaca,” tambahnya. - BERNAMA

No comments: