Showing posts with label posted by zarina zainudin. Show all posts
Showing posts with label posted by zarina zainudin. Show all posts

Wednesday, October 31, 2007

Demam denggi meningkat 60 peratus 2085

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Bahagian Pejabat Filipina mendapati 60 peratus penduduk dunia akan terdedah kepada risiko demam denggi yang boleh menyebabkan kematian menjelang 2085, ekoran perubahan iklim.
Pakar kesihatannya, Dr. Hisashi Ogawa berkata, pada masa ini, kadar penyakit itu meningkat 35 peratus setahun dan ia menjadi satu fenomena yang membimbangkan.
Katanya, statistik yang diperoleh itu menunjukkan sebanyak 925,896 kes dicatatkan di seluruh dunia sepanjang tempoh lima tahun yang lalu iaitu dari 2000 hingga 2005.
Jelasnya, demam denggi kini sudah menjadi antara penyakit paling tinggi melanda penduduk dunia.
‘‘Penyakit itu meningkat terlalu mendadak berbanding 1990 hingga 1999 yang lalu. Dalam tempoh itu, ia hanya menunjukkan bilangan kes sebanyak 479,848.
‘‘Berlaku peningkatan mendadak dengan perbezaan sebanyak 44,6048 kes.
‘‘Kesedaran perlu dipertingkatkan dan setiap negara perlu mengambil langkah berjaga-jaga,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk Kesan Perubahan Iklim Terhadap Kesihatan Masyarakat dalam Persidangan Serantau Mengenai Perubahan Iklim di sini hari ini.
Ogawa menambah, pihaknya turut mendapati lebih 150,000 penduduk dunia mati akibat perubahan iklim setiap tahun bermula 1970.
Katanya, rantau Asia Pasifik pula menunjukkan jumlah kematian antara yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 77,000 orang kesan fenomena itu.
Beliau memberitahu, langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan seperti meningkatkan kesedaran kesihatan kepada orang ramai akibat daripada perubahan iklim.
Jelasnya lagi, sistem kesihatan di setiap negara juga perlu dipertingkatkan untuk menyediakan perlindungan daripada risiko perubahan itu.

PRECIS tawar teknologi kendali perubahan iklim

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Negara-negara membangun tidak perlu lagi merintih untuk mendapatkan teknologi pengendalian perubahan iklim dunia, sebaliknya boleh merujuk kepada perisian yang dinamakan Kajian Penyediaan Impak Iklim Serantau (PRECIS).
PRECIS dibangunkan oleh Pusat Hedley, Met Office, Exeter di United Kingdom.
Menurut pakar teknologi maklumatnya, David Hein, perisian itu boleh diperoleh secara percuma menggunakan operasi sistem LINUX.
Jelasnya, perisian serba guna itu boleh digunakan di mana-mana bahagian dunia bagi mengukur keadaan iklim dan cuaca.
‘‘Perisian ini turut mengandungi pengiraan matematik terhadap ketinggian serta jumlah kekerapan selain mampu menunjukkan keadaan atmosfera dan permukaan bumi,’’ katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Unjuran Terperinci Iklim Terhadap Kemusnahan dan Impak Penggunaan Model PRECIS dalam Persidangan Serantau Mengenai Perubahan Iklim di sini hari ini.
Menurut Hein, pihaknya turut menganjurkan bengkel penggunaan teknologi dalam menangani perubahan iklim untuk negara-negara membangun.
Katanya, perisian PRECIS hanya dikeluarkan melalui bengkel yang disertai oleh para peserta dari negara berkenaan.
Tambah beliau, perisian itu sudah dibangunkan di Asia Tenggara pada Ogos tahun lalu dan ia boleh didapati melalui laman web http://precis.metoffice.com atau e-mail iaitu precis@ metoffice.gov.uk.

2030: Permintaan sumber tenaga meningkat 55 peratus

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Permintaan sumber tenaga seperti petroleum dan gas asli dunia yang dijangka meningkat sebanyak 55 peratus menjelang 2030 dikhuatiri mengakibatkan pencemaran yang teruk.
Pengarah Perubahan Iklim Antarabangsa, Analisis dan Udara United Kingdom, Henry Derwent berkata, menurut kajiannya, peningkatan guna tenaga itu dijangka berlaku di negara-negara membangun.
‘‘Kajian turut mendapati sebanyak 70 peratus permintaan guna tenaga itu adalah dari negara-negara membangun.
‘‘Apabila permintaan guna tenaga meningkat, ia akan mencatatkan peningkatan pengeluaran asap karbon dioksida yang tinggi iaitu hingga 55 peratus,’’ katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Kemusnahan Semulajadi dan Pengurangan Risiko dalam Persidangan Serantau Mengenai Perubahan Iklim di sini hari ini.
Menurut Derwent, salah satu langkah untuk mengurangkan pengeluaran asap karbon dioksida di ruang atmosfera bumi ialah dengan menggunakan sasaran pengurangan pengeluaran karbon (CERT).
Katanya, CERT merupakan cadangan untuk mengurangkan penggunaan sumber tenaga.
Jelasnya, konsep itu dapat meningkatkan penggunaan sumber tenaga berkesan seperti solar dan elektrik.

Perubahan iklim: 3.4 bilion penduduk dunia terancam

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Seramai 3.4 bilion penduduk dunia yang tinggal di kawasan seluas 25 juta kilometer persegi terdedah secara langsung kepada sekurang- kurangnya sejenis bahaya yang diakibatkan daripada perubahan iklim dunia.
Pengarah Strategi Antarabangsa dan Pengurangan Risiko Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpusat di Geneva, Salvano Briceno berkata, sebanyak 105 juta penduduk lagi terdedah kepada tiga atau lebih bahaya akibat perubahan iklim berkenaan.
Menurut beliau, kajiannya mendapati penduduk dunia semakin terancam ekoran perubahan iklim tersebut dan Bumi menjadi tempat yang tidak lagi selamat untuk didiami.
Jelasnya, perubahan iklim tidak berlaku secara semula jadi sebaliknya ia berpunca daripada perbuatan manusia.
‘‘Manusia menjadi faktor utama kepada kemusnahan Bumi dan ia memberi kesan kepada manusia seperti kemiskinan, pembangunan bandar tidak terancang, inflasi, tidak mempunyai kawasan untuk didiami dan pembinaan perumahan dalam kawasan bahaya,’’ katanya.
Briceno berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Kemusnahan Semula Jadi dan Pengurangan Risiko pada Persidangan Serantau Mengenai Perubahan Iklim di sini hari ini.
Briceno menambah, tindakan praktikal untuk mengurangkan kemusnahan Bumi adalah dengan menguatkuasakan undang-undang yang benar-benar tegas terhadap penjagaan alam sekitar.
Selain itu, katanya, setiap negara juga boleh mengenal pasti risiko dan bahaya yang bakal dihadapi rakyat dengan mewujudkan zon kediaman selamat.

Pencemaran udara berbahaya selepas kebakaran di AS

SAN DIEGO, California 28 Okt. – Para pegawai kesihatan semalam memberi amaran keras tentang kualiti udara yang boleh membahayakan kesihatan akibat kebakaran hutan yang telah memusnahkan sebahagian besar daripada wilayah-wilayah di selatan California minggu ini.
Amaran turut disuarakan tentang kesan-kesan pencemaran jangka panjang serta gas-gas rumah hijau akibat kebakaran itu, yang menyebabkan kepulan asap tebal berkumpul di udara.
Sebanyak 203,000 hektar daripada kawasan hutan, taman dan sehingga 1,800 buah rumah di selatan California musnah dalam kebakaran itu.
Dalam tempoh seminggu, kebakaran tersebut telah mengeluarkan jumlah gas rumah hijau yang sama banyak dengan pengeluaran yang dibuat oleh 440,000 buah kereta dalam tempoh setahun.
Amaran itu disuarakan oleh Patricia Rey, jurucakap untuk lembaga sumber-sumber air, yang merupakan sebahagian daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar negeri California.
“Kualiti udara sekarang telah bertukar daripada tahap tidak sihat kepada tahap bahaya, dengan setiap penduduk dinasihatkan supaya tidak keluar daripada rumah masing-masing,” katanya.
Amaran itu ditujukan kepada penduduk di lima wilayah, iaitu San Diego, Orange, Los Angeles, San Bernadino dan Riverside, setelah tahap pencemaran meningkat tiga kali lebih tinggi daripada tahap biasa.
“Keadaan sekarang amat membimbangkan,” kata Rey. “Kami kini sedang memantau secara rapi untuk memberi nasihat yang betul kepada penduduk di kawasan-kawasan berkenaan,” tambahnya.
Menurut indeks kualiti udara, catatan 151-200 bermakna tahap “tidak sihat,” yang bermakna “setiap orang akan mula merasai kesan-kesan kesihatan, manakala golongan yang sensitif mungkin mengalami keadaan kesihatan yang lebih serius.”
Catatan 300 menunjukkan tahap bahaya yang bermakna “amaran kesihatan bermulanya keadaan-keadaan kecemasan. Penduduk di seluruh kawasan mungkin mengalami keadaan itu.”
Kewujudan debu-debu toksik di udara boleh memudaratkan kesihatan golongan tua, kanak-kanak dan mereka yang menghidap penyakit asma atau masalah pernafasan.
“Golongan yang sensitif kepada keadaan sekarang dinasihatkan supaya tidak keluar daripada rumah masing-masing, mengelakkan daripada melakukan aktiviti senaman di luar rumah dan memasang alat pendingin udara daripada membuka tingkap,” katanya.

Karbon dioksida 100% di atmosfera bumi 2100

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Paras karbon dioksida di ruang atmosfera bumi dijangka meningkat 100 peratus menjelang tahun 2100, mengakibatkan permukaan bumi bertambah panas, kata Pensyarah University of California, Amerika Syarikat, Profesor ML Kavvas.
Menurutnya, karbon dioksida terhasil melalui pembakaran fosil, pernafasan manusia serta haiwan dan ia merupakan salah satu elemen gas rumah hijau.
Beliau memberitahu, selain suhu bumi bertambah akibat pengeluaran karbon dioksida itu, keseimbangan tenaga bumi juga dijangka tidak stabil sehingga menyebabkan berlakunya bencana alam.
‘‘Sekarang, kita sudah mempunyai peningkatan karbon dioksida di atmosfera sebanyak 21 peratus dan ia akan meningkat secara perlahan.
‘‘Suhu permukaan bumi pula menunjukkan peningkatan sebanyak 0.5 darjah celsius,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk Perubahan Cuaca dan Sumber Air dalam Persidangan Serantau Mengenai Perubahan Iklim di sini hari ini.
Kavvas menambah, model pengiraan am (GCM) yang dikeluarkan pada 1995 mendapati iklim dunia berubah secara perlahan-lahan dan paras karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera bumi meningkat sebanyak satu peratus setahun.
Di Malaysia, beliau memberitahu, aliran sungai di seluruh negara tidak akan berubah berdasarkan keadaan simulasi hidroklimatik yang disukat pada 1984 hingga 1993 kecuali di Kelantan dan Pahang.
Jelasnya, kedua-dua negeri itu akan mempunyai aliran sungai yang deras dan berubah-ubah pada masa akan datang pada tahun 2025 hingga 2034 dan 2041 hingga 2050.
Ini kerana terdapat legeh di sungai-sungai negeri itu yang tidak lagi dapat menampung jumlah aliran air yang deras setiap kali musim tengkujuh sehingga merubah permukaan aliran sungai tersebut.

Negara maju ditegur tidak salur kepakaran tangani iklim

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Negara-negara maju ditegur kerana tidak mengamalkan pasaran terbuka dan enggan menyalurkan kepakaran teknologi mereka bagi menangani masalah perubahan iklim dunia di negara-negara membangun.
Pengarah Urusan Sustainable Technology Resource Centre (STREC), Chow Kok Kee berkata, kebanyakan negara maju memiliki kepakaran itu, tetapi bersifat sombong dan enggan menjualnya di pasaran terbuka selain meletakkan harga yang terlalu tinggi.
Jelasnya, tidak salah untuk menjual kepakaran yang dimiliki tetapi negara-negara maju perlu juga memikul tanggungjawab sosial dengan memberi insentif kepada negara-negara membangun dan miskin yang tidak berkemampuan untuk memiliki kepakaran berkenaan.
‘‘Isu perubahan iklim dunia bersifat sejagat dan mereka perlu memberi perhatian terhadap isu tersebut.
‘‘Mereka (negara-negara maju ) boleh memperkenalkan kaedah pembelian teknologi itu melalui skim rebat, pinjaman dengan kadar faedah yang rendah, ansuran dan sebagainya bagi membolehkan semua negara memiliki kepakaran berkenaan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk Perhatian Terkini Terhadap Penyelesaian Perubahan Iklim Antarabangsa pada Persidangan Mengenai Perubahan Iklim di sini hari ini.
Persidangan selama dua hari yang bermula semalam dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Suruhanjaya Tinggi Britain.
Seramai 350 peserta dari seluruh negara ASEAN hadir pada persidangan tersebut.
Kok Kee menambah, sekiranya semua negara memiliki kepakaran dan teknologi dalam menangani perubahan iklim dunia, maka pengeluaran gas rumah hijau dapat dikurangkan.
Katanya, pelaksanaan dan tindakan untuk mengurangkan gas berkenaan bergantung kepada keupayaan sesebuah negara.
“Jika sesebuah negara itu mundur dan kurang membangun, mereka akan terlewat menerima kepakaran teknologi untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera bumi,’’ ujarnya.

‘Biodiesel satu jenayah’ - Bawa malapetaka kemanusiaan, kos makanan lebih mahal

NEW YORK 27 Okt. – Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan amalan menukar tanaman sumber makanan menjadi sumber bahan bakar bio termasuk biodiesel sebagai “satu jenayah terhadap kemanusiaan.”
Pakar bebas PBB mengenai hak mendapat makanan, Jean Ziegler semalam berkata, amalan yang semakin meluas itu mengakibatkan kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga yang memaksa berjuta-juta penduduk miskin menanggung kelaparan.
Ziegler yang memegang jawatan tersebut sejak diwujudkan pada 2000 menggesa supaya pengeluaran bahan bakar bio dibekukan selama lima tahun bagi menghentikan apa yang disifatkan oleh beliau sebagai “malapetaka” semakin buruk bagi golongan miskin.
Beliau menegaskan, kemajuan penyelidikan saintifik begitu pesat sehinggakan “dalam tempoh lima tahun lagi bahan bakar bio seperti biodiesel boleh dihasilkan daripada bahan sisa pertanian” dan bukan daripada gandum, jagung, tebu dan tanaman lain.
Penggunaan bahan bakar bio sebagai ganti petrol dalam kenderaan dianggap boleh mengurangkan pengeluaran karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global.
Penggunaan tanaman untuk bahan bakar bio giat dilakukan terutamanya di Brazil dan Amerika Syarikat (AS).
Mac lalu Presiden AS, George W. Bush dan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menandatangani perjanjian kerjasama kedua-dua negara untuk meningkatkan pengeluaran etanol.
Mereka berkata, penggunaan bahan bakar alternatif yang meningkat boleh membawa kepada lebih banyak pekerjaan, mewujudkan persekitaran lebih bersih dan mengurangkan pergantungan kepada minyak.
Ziegler menyifatkan motif mereka sebagai wajar tetapi menambah, kesan penukaran ratusan ribu tan jagung, gandum, kacang dan minyak kelapa sawit menjadi bahan bakar membawa malapetaka kepada penduduk yang kelaparan.
Harga gandum di pasaran dunia meningkat sekali ganda dalam masa setahun dan harga jagung meningkat empat kali ganda, menyebabkan negara miskin terutamanya di Afrika tidak mampu membayar kos makanan import, katanya.
“Kerana itu adalah jenayah terhadap kemanusiaan untuk menggunakan tanah pertanian bagi mengeluarkan bahan bakar bio ,” kata beliau pada satu sidang media.
Sebagai contoh, beliau berkata, 231 kilogram jagung diperlukan untuk menghasilkan 49.2 liter etanol.
Jagung sebanyak itu mencukupi untuk memberi makan kepada seorang kanak-kanak di Zambia atau Mexico selama setahun, tambah Ziegler.

Najib: Kerajaan komited tangani isu perubahan cuaca

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Kerajaan komited menangani masalah perubahan cuaca yang kini dianggap sebagai satu fenomena global kerana ia boleh memberi kesan buruk terhadap kehidupan manusia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak terkecuali berhadapan dengan isu tersebut dan oleh itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengatasinya.
Beliau berkata, semua pihak harus sedar bahawa isu berkenaan sekiranya tidak ditangani dengan efisien bukan sahaja mengakibatkan berlakunya cuaca melampau bahkan menjejaskan bidang-bidang lain seperti pertanian, perhutanan dan biodiversiti.
‘‘Kesemua bidang ini sebenarnya berkait rapat dengan kehidupan manusia. Sebagai contoh disebabkan berlakunya perubahan iklim, pengeluaran pertanian mungkin boleh terjejas.
‘‘Perubahan cuaca juga telah menyebabkan banjir berlaku dengan lebih kerap. Berdasarkan rekod banjir pada Disember 2005, Disember 2006 dan Januari tahun ini telah menyebabkan negara kerugian kira-kira RM4 bilion,’’ katanya.
Beliau berucap merasmikan Seminar Perubahan Cuaca di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Najib berkata, lebih membimbangkan, jika isu itu tidak ditangani dengan baik, ia boleh menyebabkan berlakunya banyak kes malaria dan denggi.
Sementara itu beliau berkata, antara langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu tersebut ialah memperkenalkan konsep pembangunan lestari iaitu dengan mengambil kira aspek alam sekitar dalam membangunkan negara.
‘‘Kita turut memperkenalkan pengurusan hutan secara lebih mapan bagi menangani masalah perubahan cuaca yang berlaku ketika ini,’’ katanya
Selain itu Najib berkata, usaha mengatasi masalah pemanasan global juga telah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh antaranya dengan menggalakkan penggunaan sumber tenaga baru.
‘‘Antara sumber tenaga baru yang dimaksudkan ialah biomas, biogas, solar dan mini hidro,’’ ujarnya.
Beliau berkata, bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan sumber tenaga baru khususnya biomas, kerajaan telah memperkenalkan insentif cukai ke atas syarikat yang menggunakannya.
Tambahnya, langkah menggalakkan penggunaan biodiesel daripada minyak kelapa sawit juga merupakan salah satu usaha menangani isu berkenaan.

Friday, October 5, 2007

Teroka angkasa tuntutan kaji alam

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Penerokaan angkasa lepas dilihat dalam konteks agama Islam sebagai memenuhi tuntutan manusia untuk mengkaji, meneroka dan menyelidik rahsia alam ciptaan tuhan secara sistematik.
Menurut teks khutbah Jumaat edaran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) hari ini, penerokaan angkasa lepas disifatkan sebagai cabaran Pencipta (Allah s.w.t) kepada manusia untuk meneroka misteri alam dengan akal fikiran yang telah diberikan kepada setiap manusia.
“Yang pasti melalui penerokaan angkasa lepas sudah tentu ia memberi kebaikan kepada kehidupan manusia dalam pelbagai bidang. Contohnya melalui satelit kita mampu menentukan waktu solat dan arah kiblat dengan tepat, memudahkan kita menentukan permulaan awal Ramadan, Syawal dan sebagainya.
“Dan tidak ketinggalan dengan penerokaan ini juga, kita dapat membuat pengkajian tentang perubahan iklim dunia, contohnya melalui satelit gambar-gambar awan boleh diambil dan dapat mengetahui pergerakannya, kemungkinan berlakunya ribut taufan, banjir, tsunami dan sebagainya,” jelas teks khutbah bertajuk “Misi Angkasawan Negara Anugerah Allah Dalam Menjana Fardu Kifayah Ummah” yang dipetik Bernama.
Oleh itu, masyarakat Malaysia secara keseluruhan wajar menganggap perkembangan tersebut sebagai anugerah Tuhan yang perlu disyukuri kerana negara akan berada dalam senarai pendahulu dalam penerokaan angkasa lepas.
Teks khutbah Jumaat itu dibacakan di masjid seluruh negara sempena ekspedisi sulung angkasawan dari Malaysia ke angkasa lepas.
Calon yang bakal dipilih pada saat akhir di antara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Kapten Dr Faiz Khaleed akan memulakan ekspedisi pada 10 Oktober ini dari tapak pelancaran di Baikonour, Kazakhstan antara pukul 9 hingga 9.30 malam waktu Malaysia.
Sementara itu, umat Islam di seluruh negara hari ini mengadakan solat hajat selepas sembahyang Jumaat bagi mendoakan kejayaan Misi Angkasawan Negara yang akan dilancarkan minggu depan.
– Bernama

Tuesday, October 2, 2007

Cabaran baru PBB

Oleh ZULKEFLI HAMZAH (Yang membuat liputan Perhimpunan Agung PBB di New York)
KEBIMBANGAN mengenai planet bumi dan kehidupannya semakin mendapat perhatian para pemimpin dunia. Kehidupan manusia kian terancam. Kesan perubahan iklim setakat yang kita ketahui sangat mengerikan.
Ia menjadi topik khusus dan disentuh oleh para pemimpin yang berucap pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Walaupun ada yang menyebutnya sebagai agenda Amerika Syarikat (AS) tetapi perubahan iklim sudah menjadi topik hangat. Pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Sydney, bulan lalu ia juga menjadi topik utama.
Begitu juga ASEAN, sidang kemuncak di Singapura pada November ini akan menjadikan perubahan ilkim dan alam sekitar sebagai agenda utama pertemuan. Persidangan itu sendiri mengambil tema Tenaga, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Pembangunan Berterusan.
Dalam masa terdekat ini, isu perubahan iklim akan menjadi topik perbahasan utama setiap persidangan serantau mahupun antarabangsa. Ia mungkin sama penting atau lebih penting daripada isu keselamatan dan keamanan.
Sudah ada kesedaran dalam kalangan pemimpin dunia bahawa perubahan iklim sukar untuk dicegah dan dihentikan. Perubahan iklim ibarat waktu yang akan terus bergerak. Kajian ilmiah mendapati planet Bumi yang kita huni ini akan tunggang-langgang akibat perubahan iklim.
Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dibentuk oleh PBB meramalkan kutub utara akan hilang dalam tempoh 50 tahun lagi, peningkatan suhu 1.8 hingga 4 darjah Celsius, permukaan air laut naik 28 hingga 34 sentimeter dan peningkatan gelombang udara panas dan badai tropika.
Kajian juga mendapati perubahan iklim boleh menjadi punca meningkatnya pelbagai penyakit seperti wabak taun, demam berdarah dan malaria.
Bencana yang diakibatkan perubahan iklim dianggarkan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$150 bilion setahun.
Kesannya memang sudah kita rasai sekarang. Banjir besar di kawasan yang sebelum ini bebas daripada bencana itu, ribut taufan dan gempa bumi. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa berucap pada perhimpunan agung PBB, bencana teruk akibat perubahan iklim itu belum tiba lagi.
Dan pada perhimpunan agung PBB ke-62 ini, masyarakat dunia telah melangkah ke era baru.
Buat pertama kali dalam sejarah, masalah perubahan iklim dibincangkan di peringkat tertinggi kepimpinan negara anggota.
Hasilnya, mereka sepakat untuk menjadikan pertemuan Kerangka Konvensyen Terhadap Perubahan Cuaca PBB (UNFCCC) ke-13 di Bali pada Disember ini untuk menggubal perjanjian baru menggantikan Protokol Kyoto yang tamat pada 2012.
Protokol Kyoto merupakan perjanjian di bawah naungan UNFCCC dan meliputi lebih 160 negara serta lebih 60 peratus dari negara-negara dari segi pelepasan gas rumah hijau secara global.
Pertemuan pemimpin peringkat tinggi itu yang diadakan sehari sebelum sesi perbahasan umum PBB, Isnin lalu memberi petunjuk positif terhadap kesungguhan politik pemimpin dunia menangani cabaran perubahan iklim melalui tindakan bersama.
Pelengkap
Satu-satunya forum yang akan digunakan untuk melaksanakan kesepakatan itu ialah melalui UNFCC. Inisiatif lain seperti ditegaskan oleh Abdullah, tidak boleh menjadi saingan tetapi pelengkap kepada kesepakatan dalam UNFCC.
UNFCC penting sebagai forum bagi membahas dan melaksanakan perjanjian pasca-Protokol Tokyo yang tamat pada 2012.
Dalam aspek ini, semua pemimpin dunia sebagaimana komitmen yang telah dinyatakan di perhimpunan agung PBB, perlu melaksanakan segala kesepakatan atau perjanjian sebelum akhir 2012.
Soalnya sekarang ialah komitmen negara maju seperti negara yang kini mengambil peranan sebagai ‘pemimpin dunia’, Amerika Syarikat (AS) untuk sama-sama melaksanakan segala kesepakatan pasca 2012.
AS sendiri tidak menandatangani Protokol Tokyo yang ditandatangani pada 1997. Kali ini kesungguhan AS dan negara maju lain ditagih serta tidak ada yang terkecuali.
Diharapkan ketidakhadiran Presiden George W. Bush pada sesi meja bulat berkenaan teknologi sebelum UNGA ke- 62 bermula tidak menggambarkan kedegilan AS untuk melaksanakan kesepakatan dalam menangani perubahan iklim pasca 2012.
Bush yang menghantar Setiausaha Negara, Condoleezza Rice bagaimanapun menyatakan AS memahami keperluan mendesak untuk menangani perubahan iklim.
Tetapi AS, sebagaimana selalunya mempunyai agenda sendiri dalam menangani isu ini. Bush pada minggu ini menganjurkan sendiri persidangan perubahan iklim yang dihadiri oleh 16 buah negara maju – negara penyumbang terbesar pencemaran.
Nampaknya Bush mahu membentuk pelan dan tindakan sendiri, yang mungkin nantinya akan digabungkan dengan usaha PBB melalui UNFCC.
Inilah politik PBB, negara maju khususnya AS tidak akan tunduk kepadanya tetapi sebaliknya mereka yang menentukan apa seharusnya dilakukan oleh badan dunia itu.
Dalam hal ini, negara-negara membangun termasuk Malaysia dan Indonesia, selaku hos kepada UNFCC ke-13 nanti, telah menyuarakan pendirian masing-masing untuk memastikan perjanjian pasca 2012 benar-benar berkesan dalam menangani cabaran perubahan iklim.
Tetapi sekali lagi, mampukah negara-negara maju melaksanakan peranan kritikalnya – mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, mengembangkan mekanisme yang memudahkan sumbangan dan mewujudkan peruntukan khas – sebagaimana permintaan negara membangun dan miskin?
Bencana
Inilah isu penting yang perlu diselesaikan segera sebelum berakhirnya perjanjian Protokol Kyoto yang akan menentukan nasib muka bumi ini daripada bencana akibat perubahan iklim.
Sebenarnya perubahan iklim telah menjadi topik percakapan masyarakat dunia sejak tahun 1990-an lagi.
Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992 merupakan permulaannya.
Inilah yang diingatkan oleh Abdullah di depan khalayak antarabangsa semasa berucap pada UNGA, Jumaat lalu. Beliau mengingatkan bahawa mesej sidang kemuncak itu bukan lebih daripada “transformasi sikap dan tabiat kita yang akan membawa perubahan yang sewajarnya.”
“Kebenaran ini masih kekal,” tegas Perdana Menteri.
Nampaknya dalam menangani masalah sejagat ini, lebih banyak cadangan dan usul dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah tindakan diambil sedangkan tiada langkah bermakna dilakukan untuk menjaga kesejahteraan Bumi ini.
Memang kesejahteraan planet Bumi dan semua penghuninya berada dalam kawalan kita tetapi sayangnya manusia itu sendiri yang tidak mahu berubah kerana kepentingan-kepentingan tertentu.
Negara maju dengan lagaknya enggan berkongsi kemakmuran untuk memberi pampasan kepada negara membangun dan miskin yang berusaha melakukan usaha-usaha mengawal pemanasan global.
Negara membangun dan miskin pula hanya pandai berteriak meminta bantuan sedangkan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihara alamnya. Hutan hijaunya digondol sesuka hati manakala kawasan bukit-bukau ditarah untuk pembangunan.
Lantas apa yang boleh kita lakukan jika bencana alam akibat kecuaian manusia itu terus berlaku.
Apakah kita hanya mahu berserah kepada takdir? Apakah bencana alam yang silih berganti sekarang merupakan petanda akhir zaman?
Yang jelas, masalah perubahan iklim akan menjadi satu lagi ujian keberkesanan peranan PBB sebagai sebuah badan yang mewakili masyarakat dunia selepas kegagalannya dalam menangani isu keselamatan dan keamanan sejagat.
– Utusan-1/10/2007

Sunday, September 23, 2007

Kehangatan alam sekitar

HARI Alam Sekitar Sedunia disambut setiap tahun pada 5 Jun apabila dipersetujui oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1972. Seiring dengan itu, Program Alam Sekitar PBB turut diwujudkan pada tahun sama.
Hari Alam Sekitar Sedunia digunakan sebagai landasan menyuburkan rangsangan kesedaran terhadap alam sekitar. Selebihnya ia turut digunakan bagi melebarkan perhatian awam dan politik terhadap kepentingan alam kurniaan Allah s.w.t ini.
Tahun ini temanya ialah Pencairan Ais - Satu Topik Hangat (Melting Ice - a Hot Topic).
Seperti biasa, sebagaimana dijangka, acara menyusuli hari penghargaan kepada alam sekitar ini adalah tidak lebih umpama ritual semata-mata. Pelbagai program-program kesedaran yang direncanakan ternyata tidak pernah menyedarkan – hari ini diadakan kempen kebersihan, esok sungai kotor semula menjadi tong sampah. Tiap kali kempen kitar semula diperingatkan, esok kembali tidak sedar, botol ke mana dilempar, tin di mana dibuang.
Tetapi peraduan menulis esei mengenai alam sekitar, pertandingan poster di sekolah, menanam pokok selain program kitar semula dan kempen kebersihan ini tetap diadakan di sebalik usaha pelbagai pihak berwajib menyedarkan pentingnya alam ini dijaga. Sehingga pada satu tahap ia boleh sahaja dianggap mencurah air di daun keladi.
Kita barangkali sudah tidak berminat untuk membahas tentang tahap kesedaran tentang alam sekitar kerana grafnya menunjukkan peningkatan. Di dada media dan liputan televisyen, isu alam sekitar nampaknya mendominasi, satu petunjuk bahawa ia diminati selain banyak pihak sedar akan kepentingannya.
Tetapi perlu juga diakui bahawa tahap kesedaran itu bukan satu topik hangat. Maka, relevannya Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini ialah kita meraikannya semasa bumi alam kita menjadi semakin panas, bahkan ia semakin melarat tertekan dengan segala macam masalah alam sekitar dari hari ke hari. Itu topik hangat.
‘‘Alam yang semakin panas ini berkait rapat dengan kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau pula adalah fenomena semula jadi kerana tanpanya planet Bumi yang kita diami ini akan menjadi 30 darjah Celsius lebih sejuk,’’ kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Zaini Ujang kepada Utusan Malaysia.
Beliau memudahkan cerita mengenai alam yang panas itu dengan mengaitkan bahawa ia satu bab yang dipelajari dalam subjek Geografi.
Katanya, Bumi dipanaskan oleh pancaran matahari. Apabila ia panas, ia memantulkan haba itu naik ke atmosfera.
Dianggarkan bahawa kira-kira 70 peratus daripada tenaga matahari itu naik semula ke langit. Namun sebahagian daripada sinar inframerah yang naik itu terperangkap dalam gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflurokarbon, metana dan sulfur oksida.
‘‘Haba yang terperangkap itulah yang memanaskan bumi. Kesan rumah hijau menjadikan bumi ini cukup panas,’’ ujar beliau yang juga Pengarah Institut Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA) UTM.
Tambah Zaini, peningkatan pelepasan gas rumah hijau telah mengganggu keseimbangan sistem yang kompleks itu menjadi alam yang kita diami ini panas. Justeru tidak hairan jika rekod bumi mencatatkan perkembangan yang pelik dan aneh akibat daripada gangguan tersebut.
Bagaimana tidak pelik dan macam mana bukan aneh jika ais di Lautan Artik boleh mencair. Contoh klasik lain pula, ialah perbezaan cuaca ketara benua Eropah dan Amerika dengan Afrika. Eropah biasanya dikaitkan dengan cuaca sejuk manakala Afrika pula panas, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Benua Afrika dilaporkan dengan kehadiran salji buat pertama pada tahun lepas – kali pertama juga sejak tahun 1981.
Laporan menyebut, cuaca sejuk melampau di kawasan termasuk bandar Soweto, selatan Johannesburg serta kawasan penempatan eksklusif di Sandton mencatatkan suhu sehingga 1 darjah Celsius.
Kalangan saintis mengaitkan keadaan pelik itu sebagai kesan pemanasan global– satu keadaan yang dijangka berlarutan akibat pencemaran gas rumah hijau hasil pembakaran bahan fosil yang terperangkap dalam atmosfera.
Biarpun sukar membuktikannya, seperkara yang perlu diakui ialah corak cuaca bumi kini berubah.
“Akibatnya paras air laut semakin meningkat yang berkait rapat dengan salji yang semakin berkurangan atau cair di kebanyakan kawasan pergunungan serta bongkah ais Greenland yang mencair. Ini menyebabkan air laut semakin panas dan menyebabkan taufan makin ganas berlaku dengan kerap.” Itulah pula logiknya di mana taufan aneh dan pelik banyak berlaku di China, Taiwan dan Vietnam sejak beberapa tahun lepas.
Bumi ini semakin panas dan adanya ancaman pemanasan global bukan sesuatu yang mengejutkan lagi. Cumanya, cara penerimaan kita tentang perkara yang satu itu. Tidak usah pergi terlalu jauh, melangkaui ais mencair di Artik atau perubahan iklim di benua Eropah atau Afrika.
Ambil contoh di negara kita sahaja. Kalau kita bersetuju, bukankah kawasan Cameron Highlands dan Bukit Fraser, yang satu ketika dahulu sejuk dingin lalu menjadi tumpuan, kini telah terasa bahang?
Ahli sains sangat pasti dan amat yakin bahawa 98 peratus pemanasan global yang kita alami sekarang berpunca daripada pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18.
Dalam hal ini, Protokol Kyoto dan pertumbuhan ekonomi rendah karbon perlu dijadikan asas dalam strategi dan pelan khusus mengikut konteks perubahan iklim bumi.
Sementara itu, sebagai warga alam, kita wajar insaf bahawa tiada satu sen dibayar apabila bumi diwarisi oleh kita Ia diberi percuma oleh Tuhan pencipta alam .
Namun, tidak semestinya kerana ia percuma, kita mengabaikan usaha menstabilkan alam sekitar itu sendiri. Seperkara yang perlu diterima, kebanyakan benan dan segala macam masalah yang ditanggung oleh alam ini adalah berpunca daripada kita semua – manusia, yang menjadi penghuni serta warganya sejak berkurun-kurun lama dahulu.
Tidak usah menunggu fenomena ais mencair, pemanasan global atau ia dijadikan topik hangat baru tergesa-gesa menjaga kepentingan alam sekitar.
Maka kerana itu kita percaya bahawa hari alam sekitar itu sepatutnya diraikan setiap hari, bukan 5 Jun setiap tahun seperti yang dilakukan sekarang.

200 negara setuju hapus bahan kimia ancam ozon

MONTREAL 23 Sept. – Hampir 200 negara telah menyatakan persetujuan untuk mempercepatkan penghapusan bahan kimia yang mengancam ozon dan memburukkan lagi pemanasan global, lapor Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), semalam.
Pengarah UNEP, Achim Steiner menandatangani perjanjian tersebut dengan ketua-ketua kerajaan terbabit bagi pengharaman pengeluaran bahan kimia hydrochlorofluorocarbons (HCFC).
Pengharaman itu merupakan satu isyarat mustahak dalam usaha memperlahankan perubahan iklim dan pemanasan global.
“Ia barangkali perkembangan yang paling penting dalam proses rundingan persekitaran antarabangsa sekurang-kurangnya untuk tempoh lima atau enam tahun ini.
“Kerajaan mempunyai peluang yang cerah untuk bekerjasama dalam menangani masalah berkembar iaitu perubahan iklim di samping melindungi lapisan ozon yang kian menipis,” katanya.
Perjanjian itu dicapai sewaktu para pemimpin dunia bersiap sedia menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang antara lain cuba membentuk perjanjian sejagat dalam menyelesaikan masalah gas rumah hijau.
Menerusi persetujuan itu, negara maju akan melalui fasa tanpa menghasilkan HCFC pada 2020 manakala negara membangun bermula pada 2030.
Tempoh itu adalah 10 tahun lebih awal daripada perjanjian terdahulu.
Perjanjian tersebut telah merombak jadual yang dibuat pada 1987 di bawah Protokol Montreal, bertujuan untuk menyingkirkan penggunaan HCFC dan bahan kimia berkaitan yang selalu dijumpai dalam peti sejuk dan penyembur rambut.

Sepakat kawal iklim dunia

SIDANG kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Sydney, Australia menyaksikan buat pertama kali pihak yang paling banyak mencemar alam sekitar – Amerika Syarikat, China dan Rusia – memeterai perjanjian ‘longgar’ untuk mengurangkan pengeluaran gas yang mencemarkan selepas keengganan mereka untuk mematuhi Protokol Kyoto.
Protokol Kyoto yang dipersetujui pada sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kyoto, Jepun pada tahun 1997 menetapkan pengurangan tahap pengeluaran gas karbon dioksida yang boleh mempengaruhi iklim global. Protokol itu antara lain menetapkan negara maju mengurangkan lima peratus gas pada 1990 dan 12 peratus pada tahun 2008.
Perkembangan tersebut dilihat menarik kerana ia memberi gambaran tentang kesan pelepasan gas rumah hijau semakin disepakati oleh negara-negara maju dan negara sedang membangun. Ia sekali gus bakal mempengaruhi perbincangan PBB tentang perubahan iklim.
PBB melalui agensinya, World Meteorological Organization mendapati pemanasan cuaca sememangnya jelas dan kebanyakan disebabkan oleh kegiatan pembakaran bahan api fosil seperti arang batu.
Perkembangan ini juga boleh dilihat sebagai satu kompromi antara negara-negara anggota APEC yang mana secara bersama mewakili 60 peratus daripada ekonomi dunia.
Sebelum ini, negara-negara maju seperti AS memaksa negara-negara sedang membangun mengikut telunjuk mereka untuk memastikan persekitaran dunia tidak terus tercemar.
Negara-negara ekonomi sedang membangun yang diketuai oleh China dan Indonesia percaya negara-negara maju sepatutnya mengambil tanggungjawab lebih besar terutamanya dalam membiayai kos menyelesaikan masalah pemanasan global.
Negara-negara membangun mempunyai kebimbangannya tersendiri bahawa penetapan sebarang syarat yang mengikat akan menjejaskan perkembangan ekonomi mereka ketika negara-negara maju tidak mempunyai masalah berbuat demikian kerana kemajuan teknologi yang dimiliki.
Sebagai contoh, negara maju tidak mempunyai pergantungan terhadap bahan arang batu yang merupakan penyumbang kepada seperempat pengeluaran karbon di dunia.
Namun begitu, melalui persetujuan program perubahan cuaca APEC di bawah Deklarasi Sydney, negara-negara maju dan membangun dapat mencapai perjanjian yang lebih mengikat pada sidang kemuncak tahunan konvensyen mengenai iklim PBB yang akan diadakan di Bali, Indonesia pada akhir tahun ini.
Konvensyen di Indonesia akan merangka pakatan PBB yang baru menggantikan Protokol Kyoto yang akan berakhir pada 2012.
Perjanjian yang dicapai melalui APEC tidak boleh dianggap sebagai platform tetapi sebaliknya satu lonjakan untuk tindakan masa depan dalam menangani perubahan iklim dunia dengan lebih baik dan menyeluruh di kalangan penduduk dunia.

Perubahan iklim agenda utama

PERUBAHAN iklim akan menjadi agenda utama ketua negara dan pemimpin dunia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-62 bermula minggu ini, sekali gus membuka jalan untuk perbincangan lebih serius semua 192 negara anggota badan dunia itu bagi mengatasi masalah sejagat ini. Selain tidak mengetepikan isu keselamatan dan politik antarabangsa untuk dibincangkan, antaranya Kosovo, kemudahan nuklear Iran, isu Palestin, Myanmar, Lubnan dan menghantar pasukan pengaman ke Darfur, Sudan, perhimpunan PBB kali ini sudah mendapat gambaran awal bahawa pemimpin dunia sudah bersedia untuk mengatasi masalah ketidaktentuan iklim dunia, termasuk merangka langkah tambahan bagi menguatkan lagi komitmen semua negara anggota menjayakannya. Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kesan perubahan iklim dunia ketika ini begitu ketara, termasuk peningkatan suhu dunia dan cuaca tidak menentu yang membawa kepada banjir dan ribut kuat serta memberi kesan langsung kepada penduduk dunia.
"Sudah sampai masa pemimpin dunia berkongsi kepakaran dan sumber, termasuk menyediakan kewangan bagi mengatasi masalah ini kerana ia membawa bahaya kepada kita," katanya sambil menambah, Malaysia turut merasai kesan perubahan iklim dunia apabila Johor dilanda banjir terburuk tidak lama lalu. Bercakap kepada wartawan di sini semalam, Syed Hamid berkata, beliau akan mengambil bahagian pada majlis pembukaan mesyuarat peringkat tinggi perubahan iklim di PBB hari ini dengan membawa usul betapa penting PBB mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menguruskan soal perubahan iklim dunia. "Isu ini akan mencuri tumpuan dalam tempoh dua hingga tiga hari PBB bersidang, termasuk ketika perbahasan umum," katanya sambil menambah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan berucap pada 28 September turut menyentuh isu sama, termasuk pendekatan Islam Hadhari.
Beliau berkata, walaupun Protokol Kyoto yang akan berakhir pada 2012 sudah mengambil tindakan mengurangkan kesan pengeluaran gas rumah hijau, namun pemimpin dunia perlu merangka satu mekanisme baru bagi memperlihatkan tindakan positif untuk memelihara kepentingan generasi akan datang. Difahamkan, kesepakatan yang dicapai pemimpin dunia mengenai isu perubahan iklim dunia pada perhimpunan agung kali ini akan membuka ruang kepada masyarakat antarabangsa memulakan rundingan bagi perjanjian baru ketika berlangsungnya persidangan mengenai perubahan cuaca dunia di Bali, Indonesia pada Disember ini.

Tuesday, August 28, 2007

Environment: Teach green values to kids

By : MASHHOR MANSOR, School of Biological Sciences, Universiti Sains Malaysia
GLOBAL warming plus environmental degradation spell trouble for all life on earth. These pressing environmental issues are difficult to overcome, especially since environmental awareness is superficial and environmental knowledge is limited among the public.
Environmental education is not being addressed. For example, global warning is related to human activities. With the massive developments in China and India, the two nations with the highest populations, nobody can deny that carbon emissions are on the increase.The increase in carbon dioxide in our atmosphere has led to a greenhouse effect. The greenhouse effect will result in global warming. An increase of the atmospheric temperature by 1°C or 2°C will melt the ice in the Antarctic and Arctic regions. The increase in sea levels will drown most of the great cities in the world. Perhaps, Bangladesh and the Maldives will be gone. George Town and Johor Baru could also be under water.
The increase in invasive species is reportedly taking place at a tremendous rate due to global warming. Insects, especially mosquitoes, are moving northward and mosquito-borne diseases like malaria are more pronounced in some poor nations. Weedy species are also on the increase, for example, a grassy species, Poa annua, found in Cameron Highlands, was recently recorded in Antarctica. The unique evolutionary characteristics of this species, which can adapt to various ranges of temperatures, has brought about a successful species in the world. Certain insect and grass species can take advantage of such harsh and extreme conditions. This phenomenon is also known as biological pollution. The newly-introduced species can colonise an area quickly. Within a year, their population creates a big problem for native species. Another example is the warming of our coastal waters. This can lead to an algal bloom, which has vast implications on the fishing industry. In view of all this, our children should be exposed to environmental education as early as possible. Nature camps and expeditions should be organised to make them realise the importance of safeguarding ecosystems. Those people armed with ecological and taxonomical knowledge should be involved. Unfortunately, most of our students are weak in taxonomical knowledge. For example, some students cannot even differentiate between an eagle and a crow, a rice plant and a lallang. How can we protect our biodiversity if we don’t know pests and endemic species? We should emphasise this aspect more, because our country is rich in biodiversity. Local communities can protect the habitats of wildlife in their areas. Every school should establish or at least have herbariums and collections of living species from their areas.

Saturday, August 25, 2007

MPOB tubuh Institut Tanah Tropika

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersedia menubuhkan Institut Tanah Tropika (Tropical Peat Institute - TROPI) bagi memastikan tanaman sawit yang ditanam di tanah berkenaan tidak merosakkan alam sekitar dan tidak menyumbang kepada pemanasan global.
“Institut itu berperanan menjalankan penyelidikan secara terperinci mengenai penanaman sawit di atas tanah gambut,” katanya pada mesyuarat bulanan saintifik dan profesional bersama pegawai kanan di ibu pejabat MPOB di sini baru-baru ini.Beliau berkata, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, ketika lawatan beliau ke Negara Kesatuan Eropah (EU) bulan lalu menyarankan supaya ditubuhkan institut seumpama itu selepas NGO negara berkenaan menuduh tanaman sawit di tanah gambut menyumbangkan kepada pemanasan global. “NGO Barat menuduh melalui penggunaan tanah gambut sedalam satu meter untuk tanaman sawit boleh menyebabkan pelepasan sebanyak 90 tan gas karbon dioksida ke udara dan menyebabkan pemanasan atmosphera.“Tuduhan itu dibuat tanpa bukti saintifik dan penyelidikan yang menyeluruh. Tanaman sawit di Malaysia yang ditanam di tanah gambut adalah kurang daripada 10 peratus dan ia ditanam sejak dulu dan sebelum isu pelepasan gas rumah hijau ini ditimbulkan,” katanya.
Beliau berkata, melalui penubuhan pusat itu, kerajaan dan industri berupaya menyediakan maklumat yang lebih saintifik bagi menangkis tanggapan negatif dan tuduhan liar NGO negara barat itu dan pada masa sama dapat membangunkan tanah gambut dengan tanaman sawit secara teratur,” katanya.Beliau menjelaskan tanaman sawit di tanah gambut berupaya mengeluarkan hasil setanding dengan tanaman sawit di tanah mineral sekiranya dilakukan pengurusan air dan mengamalkan penyelenggaraan ladang dengan baik. “Menanam sawit di tanah gambut adalah pilihan terakhir dilakukan peladang kerana membabitkan kos lebih 40 peratus tinggi daripada kos penanaman di tanah mineral,” katanya.

Friday, August 24, 2007

Spotlight: Are we in for stormy weather?

A single degree rise in temperature will lead to an increase in extreme weather events — from bad floods to longer droughts. And Malaysia is unlikely to be spared.
MALAYSIA can expect more extreme weather in coming years and being prepared isn’t an option — it’s a necessity, say experts.From bad floods to longer droughts — extreme weather events are expected to become more frequent and more intense.And adaptation measures to climate change, including extreme weather events, must be taken over the next 20 to 30 years regardless of whether this is caused by global warming brought on by human activities, or simply by natural changes in the climate.This was the stark message from scientists and planners at a two-day national seminar on the socio-economic impact of extreme weather and climate change.
According to the findings of the latest assessment by the Intergovernmental Panel on Climate Change, a single degree rise in global average temperature can lead to an increase in extreme weather events, explains Meteorology Department director-general Dr Yap Kok Seng. Over the next two to three decades in the tropical region, where Malaysia lies, the temperature is expected to rise by half or 1°C."So, over that period, we must enhance efforts in disaster risk reduction and find ways to adapt to the coming changes," Yap told delegates.Che Moin Umar, director of the Crisis and Disaster Management Directorate in the Prime Minister’s Department, also stressed the importance of making disaster risk reduction policy, planning and implementation, a part of all development.If surface temperatures increase, Malaysians can also expect thunderstorms to have more energy, Yap says.And in the recent past, the country has also seen growing reports of waterspouts — small weak tornadoes that form over water."The reason for this is yet unknown. Is it global warming or climate variability? Or is it just more people with digital cameras capturing these phenomena? "The fact remains that the phenomenon exists in the country and there is photographic evidence of it."Yap also told delegates that rainfall patterns will change over the coming decades.In the projections towards the end of the century, we will see less rainfall — by about five to 10 per cent — during the wetter months when the Northeast monsoon drenches the country.On the other hand, we’ll see more rainfall in June, July and August, which are traditionally dry months for the country.A study by the National Hydraulic Research Institute of Malaysia (Nahrim) also supports a future of more weather extremes.Nahrim found that there is likely to be a substantial increase in mean monthly rainfall over the north-east coastal regions and over Kelantan and a decrease over Selangor and Johor.Overall, the future outlook study also showed higher maximum and lower minimum rainfall in many sub-regions.This could mean more extreme hydrological conditions, said Nahrim,In terms of river flow, Nahrim also found from its study, that the extremes will be most pronounced in Kelantan, Terengganu, Kedah and Pahang watersheds.These are changes Malaysia can expect to see by the year 2050, the Nahrim study said. Most importantly, the findings point to the need for a review of water resources in peninsular Malaysia.This is because previous studies, which were used as the basis of the current wa ter resources development master plan, had not taken climate change into account. Without adequate measures to deal with floods and droughts, said speakers at the conference, the impact could be severe.

USM cipta produk kurangkan pencemaran.

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) terus menempa sejarah apabila penyelidiknya berjaya mencipta produk yang mampu mengurangkan pencemaran udara dan hujan asid menerusi sisa buangan dihasilkan daripada sekam padi dan kelapa sawit.
Kejayaan itu diraih empat penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM iaitu Dr Lee Keat Teong, Prof Abdul Rahman Mohamed, Prof Madya Dr Azlina Harun dan Irvan Dahlan.Penyelidikan selama 10 tahun membabitkan kos lebih RM400,000 itu menerima pingat emas dan Anugerah Menteri Pengajian Tinggi dalam Eskpo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Ekspo Pecipta 2007) pada 10 Ogos lalu.Ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam, Lee, berkata produk itu terbukti berjaya menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar di negara ini dengan menggunakan kapsul penyerap daripada bahan terbuang itu.Beliau berkata, hanya menggunakan kapsul dalam jumlah tertentu, syarikat yang terbabit dalam industri memproses tidak lagi mencemarkan udara kerana segala bahan dikeluarkan dari kilang itu sudah bersih.
Selain itu, katanya, usaha itu dapat mengatasi masalah hujan asid dan pemanasan global yang lebih serius pada masa depan akibat pencemaran udara tanpa batasan.“Negara kita banyak menghasilkan bahan terbuang daripada sektor pertanian, dan penyelidikan ini membantu negara kita dan dunia mengatasi masalah pencemaran udara.“Hanya menggunakan sedikit kapsul yang diproses menerusi teknologi terkini, syarikat yang banyak mengeluarkan asap kotor ini kini boleh mengeluarkan asap bersih ke udara,” katanya yang akan mengkomersilkan produk itu secepat mungkin.Turut hadir pada sidang media itu Naib Canselornya, Prof Datuk Dzulkifli Abd Razak.Pada majlis itu, Dzulkifli mengumumkan USM meraih kejayaan cemerlang apabila menggondol lima emas, empat perak, enam gangsa dan dua anugerah khas menerusi 16 penyertaan dalam Ekspo Pencipta 2007.Sebanyak 19 institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) menyertai ekspo itu dengan mempamerkan 528 reka cipta.

Saturday, August 4, 2007

Cover Story: Are we ready for a global meltdown?

Monstrous storms, ravaging seas and molten heat. The scenario for these climate changes may seem like the plot of a Doomsday movie but there are three reasons why they must be taken seriously.
IT’S pretty complicated, but here are three reasons why climate change is the hottest topic around: Food, trade and a rising sea.If a warming world brings more droughts to the countries we buy our food from, what will we eat?If once frozen seas thaw, creating new sea lanes and trade routes, what happens to our ports?And when ice melts, will our thriving coastal communities and sun-kissed beachfront hotels be gobbled up by rising seas?
These are the worries many countries have been wrestling with, says meteorology professor Datuk Dr Azizan Abu Samah.And as science has grown more certain and the ifs of climate change have turned into when, they have begun strategising and preparing."In terms of climate change awareness, we’re quite low. If we don’t start strategising now, we’ll be left behind," he says of Malaysia.We import most of our food, says Azizan, and that doesn’t bode well for food security. This is especially so when the countries we import from could be adversely affected by climate change.Then, there are trade and economic issues to consider.South Korea and Japan have been closely studying the melting of Arctic ice that could open up the Northwest Passage, says the head of Malaysian Antarctica Research Programme.The Passage is a sea lane across the top of Alaska and Canada that is blocked by sea ice for all but one month a year. It is only passable to hulking icebreaker ships.But as global temperature rises and Arctic ice melts, it could open up the Passage and other routes like the Northern Sea Route, for commercial shipping. Recent studies say this could happen anywhere between a few decades and a few years.If it takes place, it could cut a considerable amount of travel time for trade ships from Japan that are headed to Europe, says Azizan."For so long, our ports have benefited from their central position."But if this new route can be used all-year round, would ships still need to pass through our waters? What is our plan then?"But climate change isn’t necessarily all bad news, he’s quick to add. Malaysia should study and respond to impacts facing other parts of the world that could benefit this country.For instance, how will climate change affect soya bean crops, oil palm’s main competitor? So climate change isn’t just for scare-mongering environmentalists or scientists, says Azizan, but also for policy makers. "They need to be interested in this."Making a start on the awareness front is the Maritime Institute of Malaysia.Using the predictions of existing global climate change models, the institute has begun a preliminary assessment of the likely impacts on Malaysia.It hopes to complete this by year-end and carry out a more advanced study in 2008.It will focus specifically on how rising sea levels will affect the country’s coasts and marine resources, says senior researcher Tan Kim Hooi.Working with government, NGOs and universities, the study will look at how many coastal towns and how much infrastructure will be affected by rising seas.Tan, who is with the institute’s Centre for Coastal and Marine Environment, will also study how much land and mangrove forests will be lost and how this will impact fisheries.Finally, they will assess steps the country has taken to address issues and what more needs to be done.But Azizan argues that there’s very little accurate information on regional impacts to begin with.He says the models being used to predict what happens with climate change on a global scale don't do such a good job when it comes to regional scenarios.When applied to the region, the location of increased warming and higher rainfall differ significantly from model to model.This creates a lot of uncertainty and the need for a really good regional model.The model must also be tested against historical data, he says. "If the model can accurately predict what happened with the climate in the past, we can use it to predict the future scenarios with some confidence."But this means we need historical data that stretches back a few thousand years."Countries covered in swathes of ice get this information by coring deep down and studying samples of ice frozen ages ago. The layers are like a diary of weather events of past centuries, explains Azizan.In Malaysia, stalagmites and corals store similar information and should be studied."There’s a lot more that needs to be done and we’ve a long way to go before we can say we are prepared."