Saturday, November 3, 2007

Pelan halang pemanasan global

PEMANASAN global merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan cuaca dunia dan pemanasan global kebanyakan disumbangkan oleh pelepasan karbon dioksida ke atmosfera.
Buku ini merupakan pelan tindakan bagi pemimpin-pemimpin korporat yang mahu menghadapi cabaran dan mendapatkan keuntungan dari persekitaran ekonomi karbon rendah.
Setiap syarikat seharusnya tahu untuk menguruskan karbon dioksida yang dihadapi oleh masyarakat, bandar, individual dan perniagaan.
Sebanyak 37 penulis yang pakar dalam bidang-bidang masing-masing menyumbangkan rencana dalam buku ini untuk dijadikan panduan oleh pemimpin-pemimpin korporat dalam menguruskan karbon dioksida serta mengaut keuntungan dengan menggunakan kaedah serta strategi pengurangan gas tersebut.
Buku ini membolehkan usaha dilakukan untuk meningkatkan nilai pemegang saham, mengurangkan kos, meningkatkan pendapatan, membina reputasi syarikat dan membangunkan perkhidmatan dan produk karbon dioksida, mendapatkan khidmat pekerja dan mewujudkan produk bermutu tinggi.
Cut Carbon, Grow Profits merupakan pelan strategi penting bagi ahli-ahli korporat yang mahu belajar mengenai cara terbaik mengendalikan perniagaan pada kadar pelepasan karbon yang rendah serta bagi penggubal-penggubal undang-undang dalam menentukan polisi terbaik baik bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sekali gus dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil dengan itu dapat mengurangkan pelepasan karbon di atmosfera.
Buku ini memberi faedah kepada ahli-ahli akademik dan penyelidik-penyelidik menganalisis bagaimana bandar, perniagaan dan individu bertindak balas terhadap cabaran perubahan cuaca serta ahli perniagaan yang bersedia untuk mengambil kesempatan mencapai persekitaran ekonomi karbon rendah.
Buku Cut Carbon, Grow Profits dipecahkan dalam lapan bahagian yang mengambil kira setiap perkara dengan teliti, Bahagian 1 membicarakan mengenai pengekalan alam sekitar yang membincangkan secara terperinci mengenai bumi serta dunia yang kita hidup sekarang.
Bahagian 2 pula membincangkan mengenai kepimpinan perniagaan antarabangsa yang menilai bagaimana syarikat-syarikat antarabangsa berhadapan dengan perubahan cuaca. Ia juga membicarakan mengenai perubahan pasaran dan halangan karbon di mana ia membangkitkan mengenai persoalan utama bagaimanakah halangan karbon mengancam peluang yang meliputi syarikat-syarikat di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Pasifik.
Bahagian 3 pula membincangkan mengenai syarikat , pelaburan, peluang dalam teknologi bersih dan corak perniagaan baru.
Bahagian 4 membincangkan mengenai strategi pelaksanaan am dan Bahagian 5 mengenai penilaian dan strategi kewangan.
– HATA WAHARI
Judul: Cut Carbon, Grow Profits: Business Strategies for Managing Climate Change and Sustainability.
Penyunting: Dr. KENNY TANG dan RUTH YEOH
ISBN: 978-1-904-75015-4
Penerbit: Middlesex University Press dengan kerjasama YTL Corporations dan Oxbridge Climate Capital.

1 comment:

Amisha said...

Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut