Saturday, November 3, 2007

AmInvestment lancar AmGlobal Climate Change

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kumpulan AmInvestment Bank Bhd. hari ini melancarkan produk pelaburan mesra alam ketiga yang dinamakan AmGlobal Climate Change.
Pengarah Urusan Kumpulan AmInvestment Bank Bhd., T. C. Kok berkata, dana baru yang dijangka menawarkan pulangan dua digit itu menawarkan pertumbuhan modal menerusi pelaburan dalam syarikat-syarikat yang berusaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim global.
“ AmGlobal Climate Change akan melabur sehingga 95 peratus nilai aset bersih (NAB) dalam Schroder International Selection Fund (ISF) Global Climate Change Equity (Schroder) yang berpangkalan di Singapura,
“ Dana ini akan diuruskan oleh Schroder Investment Management Ltd. yang berpangkalan di Singapura,” kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan produk itu di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis pelancaran produk tersebut adalah Ketua Bahagian Dana Runcit Schroder, Chin Szu Yi; Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana AmInvestment, Datin Maznah Mahbob; Pengarah Pengurusan Dana Runcitnya, Ng Chze How dan Ketua Pegawai Pelaburannya, Andrew Wong.

No comments: