PUTRAJAYA: Penanam sawit diingatkan bahawa aktiviti pembakaran secara terbuka sama ada untuk tanaman baru atau tanam semula sawit dilarang sama sekali dan tidak boleh dilakukan.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui mengingatkan peladang dan pekebun kecil sawit agar tidak menjalankan aktiviti itu secara terbuka kerana boleh menimbulkan masalah lebih buruk terutama pada musim panas dan kemarau.
Beliau berkata, kementerian akan mengambil langkah awal dan memantau perubahan cuaca serta laporan dari Jabatan Kaji Cuaca bagi menghadapi kemungkinan negara dilanda kemarau panjang mulai bulan depan akibat kesan fenomena El-Nino. “Perubahan iklim global semakin mendapat perhatian pelbagai pihak berikutan banyak bencana besar di luar jangkaan melanda seluruh dunia, termasuk bencana banjir luar biasa yang berlaku di Johor, baru-baru ini.
“Keadaan tidak menentu itu dikaitkan dengan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana tidak terkawal terutama oleh negara industri utama dunia sehingga menyebabkan suhu bumi semakin panas dan berlakunya perubahan cuaca global,” katanya.Peter Chin berkata, setakat ini, Kementerian belum lagi mengeluarkan notis atau peringatan kepada sektor perladangan sawit berhubung jangkaan berlakunya perubahan cuaca akibat daripada fenomena El-Nino yang dikatakan membawa kemarau panjang.“Jika keadaan benar berlaku dan mengancam, kementerian akan tentukan apa yang perlu dilakukan kepada sektor perladangan dan saya yakin semua pihak dalam sektor komoditi itu tahu langkah perlu diambil bagi menghadapi kemungkinan kemarau,” katanya.Laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Cuaca (IPCC) membabitkan 2,500 saintis dari 130 buah negara seluruh dunia pada 2 Februari lalu di Paris, Peranchis mengeluarkan amaran bahawa 90 peratus faktor berlaku perubahan iklim dunia bukan disebabkan alam, tetap angkara manusia yang melepaskan terlalu banyak gas rumah hijau ke atmosphera sehingga bumi menjadi semakin panas.Bumi diramalkan bertambah panas dengan kenaikan suhu antara 2 hingga 6.4 darjah Celsius dan Panel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan penduduk dunia terpaksa berdepan dengan lebih banyak bencana, termasuk ribut taufan, kemarau, banjir dan peningkatan aras laut.PBB menggesa supaya laporan saintifik itu dipandang serius dan mendesak masyarakat dunia bersatu menanganinya dengan mematuhi Protokol Kyoto. Negara industri utama dunia dinasihatkan supaya mengurangkan pelepasan gas karbon yang menyumbang kepada pembentukan gas rumah hijau yang menyebabkan peningkatan pemanasan suhu dunia.Bagaimanapun, peraturan itu tidak dipedulikan negara industri besar seperti Amerika, Australia, Brazil, China dan India yang mendakwa kawalan pelepasan gas karbon boleh menyebabkan kesan serius ke atas ekonomi negara masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment