Thursday, August 16, 2007

spesis marin mula berpindah

Berita Joran: LUAR NEGARA: Australia bingung spesies marin mula pindah

Susunan Nasir Abd Wahab06 April 2007

SYDNEY: Australia mula menerima kesan kenaikan suhu bumi apabila banyak hidupan marin dan beberapa spesies burung asal mula berpindah ke selatan benua itu manakala kawasan terumbu karang semakin terancam, lapor sebuah organisasi sains negara itu, minggu lalu.Malah kesan lebih buruk diramal melanda hidupan marin negara itu menjelang abad akan datang dengan memberi kesan kepada sektor perikanan dan pelancongan.Secara khusus, peningkatan suhu laut, perubahan arus serta perubahan musim mengawan dan pembiakan haiwan terbabit serta penghijrahan spesies burung secara keseluruhan bakal menyaksikan Australia menanggung kerugian besar terutama bahagian selatan negara itu.Ketika ini, beberapa contoh hidupan laut seperti penyu, ikan tuna sirip kuning, dugong dan sejenis obor-obor didapati berpindah ke selatan akibat kenaikan suhu laut di lokasi asal.Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Perindustrian Komanwel yang mengeluarkan laporan itu, mengakui ia petanda bencana yang bakal dihadapi penduduk benua itu.“Ia bukan bencana bagi mana-mana spesies yang boleh berpindah ke selatan tetapi ia menjadi masalah apabila tiada tempat lagi di selatan untuk mereka berpindah, Jika mereka berada di hujung tanjung Tasmania, maka tiada tempat lagi hendak dituju,’’ kata ketua penyelidik organisasi itu, Dr Alistair Hobday.Menurutnya, industri ternakan ikan salmon Atlantik, yang kini diternak di Tasmania, berdepan masalah besar apabila kenaikan suhu laut dijangka meningkat antara 1 hingga 2 darjah celsius dalam tempoh 30 tahun akan datang.Australia kini menghimpunkan semua agensi pakar berkaitan perubahan suhu duduk semeja menjalankan kajian bagi mencari jalan mengurangkan kesan mendadak yang harus ditanggung mereka pada masa akan datang.Paling membimbangkan kerajaan Australia, daya tarikan utama industri pelancongan mereka - Terumbu Karang Besar mungkin terdedah kepada lebih banyak kemusnahan iaitu setiap dua atau tiga tahun sekali berbanding lima atau enam tahun sekali ketika ini.Kajian juga mendapati kandungan asid air laut di negara itu juga meningkat seiring dengan pertambahan gas karbon dioksid di udara sekali gus mengancam hidupan laut jenis cengkerang termasuk batu karang dan moluska.Penyu paling sensitif terhadap perubahan suhu laut kerana perubahan yang sedikit saja menyebabkan jantina reptilia itu tidak seimbangkan.Secara keseluruhan, stok perikanan Australia terjejas dan industrinya mungkin terpaksa meneroka sumber jauh di selatan bersempadan dengan Laut Antartika.Perkembangan itu juga mungkin mewujudkan rangkaian masalah baru apabila manusia di lokasi yang bakal terjejas turut berpindah dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.Justeru, kata Hobday, penyelesaian terbaik waktu ini ialah kerajaan perlu segera bertindak mengurangkan jumlah pelepasan gas beracun, menghentikan pencemaran dan mengawal hakisan pantai di seluruh negara.

No comments: