Friday, August 17, 2007

Perubahan iklim bunuh 77,000 orang setahun

KUALA LUMPUR 28 Jun – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengumumkan, pakar kesihatan antarabangsa akan bersidang di sini bulan depan bagi membincangkan ancaman terhadap kesihatan berpunca daripada pemanasan global.
Menurut WHO, perubahan iklim itu secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik.
Persidangan mulai 2 hingga 5 Julai itu dijadualkan ketika terdapat ramalan bahawa suhu purata global akan meningkat 6 darjah Celsius menjelang akhir abad ini.
“Kita telah sampai ke peringkat kritikal kerana pemanasan global sudah pun menjejaskan kehidupan dan kesihatan secara serius, dan masalah ini akan menimbulkan ancaman lebih besar terhadap manusia pada dekad-dekad akan datang jika kita gagal bertindak sekarang,” kata Pengarah Serantau WHO bagi Pasifik Barat, Shigeru Omi dalam satu kenyataan.

No comments: