Friday, October 19, 2007

Al Gore, IPCC menang anugerah Nobel Keamanan

OSLO, Norway 12 Okt. – Jawatankuasa Nobel Norway hari ini mengumumkan Hadiah Nobel untuk keamanan dimenangi secara bersama oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Cuaca (IPCC).
Gore yang merupakan naib presiden di bawah pimpinan Bill Clinton dan calon presiden yang tewas kepada George W. Bush pada pilihan raya tahun 2000 telah membentuk semula imejnya sebagai pejuang perubahan iklim dunia melalui dokumentari An Inconvenient Truth yang memenangi anugerah Oscar pada 2006.
IPCC pula merupakan satu badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai 3,000 saintis atmosfera, pakar ais, ahli ekonomi, pakar ilmu lautan dan pakar pelbagai bidang lain bertanggungjawab memantau pemanasan global dan kesannya terhadap bumi.

No comments: